Pages

Monday, December 12, 2011

Contoh Buku - Siri Kamus Pintar Bahasa KBSR Simpulan Bahasa

Siri Kamus Pintar Bahasa KBSR Simpulan Bahasa
Tahun 4, 5 & 6
Author: Mohd. Zulkifli 


  • Publisher: Synergy Media
  • Author: Mohd. Zulkifli
  • Language: Bahasa Malaysia
  • ISBN-13: 9789673224388
  • Shipping Weight: 0.144 kg
Product Description:
Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua hingga tiga patah perkataan. Ia merupakan kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap. Maknanya pula berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan itu. Simpulan bahasa merupakan salah satu peribahasa yang paling ringkas dan pembaca dapat mengagak maksudnya secara spontan.
Contoh-contoh simpulan bahasa:
  • Ambil angin
    Bersiar-siar kerana berehat, sesudah bekerja atau belajar.
  • Buruh kasar
    Pekerja yang menjalankan sesuatu pekerjaan berat.
  • Kecil hati
    Merajuk atau menyimpan perasaan.
Simpulan bahasa boleh menjadi bidalan jika pada awal perkataan ditambah dengan perkataan jangan.
Contohnya:
Jangan ambil hati.
Simpulan bahasa boleh menjadi perumpamaan jika pada awal perkataan ditambah dengan perkataan bak, laksana, macam, umpama, ibarat, seperti dan seolah-olah.
Contohnya:
Bak isi dengan kuku.

0 comments:

Post a Comment